Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and hi!…Happy Labour day to all the workers and to me as well ^^
Alhamdulillah..Today is holiday! As a appreciation or so-called “gift” to all workers for their hard work..hehe. Me myself take this as compliment since my duty as lab demonstration had just finished a week back. Ayat seoleh-oleh bekerja keras kan? What to do..=p
Kali ni nak share perihal kawan..in English we called it as friend..or Korean pronounce it as “ 친구”-chiku..ataupun ami dalam bahasa french..Kawan dalam context entry kali ni adalah kawan yang selalu menjadi “rainbow” dalam hidup kita..yang mewarna-warnikan kehidupan; baik susah mahupun senang.. Diawal tahun 2010 dulu, aku ada menerima pesanan ringkas (SMS) dari seorang adik junior yang berada di bumi Allah Makkah. Bait-bait SMS tersebut amat menyentuh hati aku tatkala menerimanya diawal subuh dek perbezaan waktu Malaysia dan Makkah.
Di Jalan Allah ini, persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
persahabatan ini adalah perancangan Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia..
kerana DIAlah aku mengenalimu
dan..
kerana DIA lah juga yang telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang
That’s a message sent to me 2 years back . Right after maghrib, digging up old photo inside my laptop made me wonder, did they been well? Did their life goes well?..kind of sentimental feeling aite?. But that’s the truth when you are away from them or lose them. So, do appreciate every single moment with them else you will end up with nothing and even worse REGRET. **terlebih feeling la pulak
Okeh, tergeliat jap nak speaking2 ni..One more thing nak share, alhamdulillah, Metropolitan University of Manchester, department of exchange student dah reply email two hours ago..Alhamdulillah got respond from them. Mudah-mudahan di izin Allah untuk ke bumi Allah yang satu itu..Ada rezeki tak kemana kan? =)
Back to the topic, macam pelik pulak jump ke benda yang tak relate dengan title post ni. So, jom cerita kawan-kawan yang saya kenal..pernah bersama dengan mereka dahulu, pernah tersenyum dan menangis dengan mereka dahulu. Alhamdulillah, di borneo ini juga tidak kurang hebatnya kasih sayang Allah mencampakkan aku dalam “bulatan gembira”
>Ini kawan aku time kat sekolah menengah. We get to know each other time aku pindah ke sekolah teknik. Her name is Dayang Suhana. Till now kami still get touch to each other. Dia sekarang posting medical assistant kat hospital KL. Since aku fly ke KL untuk diploma, she got an offer from SPA untuk MA..Alhamdulillah, sekarang ni giliran dia pulak fly to KL untuk posting. What I can say about her, she’s my truly friend. She used to bring “bekal” for me every day. Tiap kali letak beg kat class dia akan hulur bawah laci meja aku bekal-makanan untuk rehat nanti. Dia pengawas sekolah time tu, tapi bila time rehat dia akan buat kerja dengan cepat semata-mata nak rehat sama-sama dengan aku. Kami pernah ada pencil box yang sama, botol air yang sama. Semua dia yang beli..aku punya keler pink, dia kaler biru. time tu memang addicted to color pink..so dia memang akan ingat apa-apa dia beli mesti kaler pink untuk aku. Tiap kali aku balik untuk bercuti, aku mesti call dia 1st untuk dating..I miss her damn much!
Sila abaikan degree ketembaman aku time ni. This photo taken 3 years back. During my 1st year diploma. And she was the 1st person I met that time. her name Faizah..Dia ni ala-ala tomboy, kawan-kawan selalu kata dia tak ade perasaan kat lelaki walaupun ada banyak laki syok kat dia. But now I’m happy someone had stolen her from me and my other friends. She kind of loving person walaupun dia ala-ala tomboy. She is good in programming as well ^^.Ni kali pertama abah tukarkan hp and this is my 1st photo with her.So kire dia ni la rasmi memory hp aku time tu. I used to go to class with her, makan sama during break time, pernah ke rumah die during holiday. Aku cemburu dia punya family yang sangatttttt baik and happening. Time ibadah camp, my last time ever untuk tamatkan diploma dia orang paling lama aku peluk and time tu la airmata paling banyak nak keluar. Tak tahu kenapa tapi aku sangat sayang kat dia. Pena sekali time aku duduk sendiri kat hostel (UNIMAS) aku txt dia dalam keadaan mata berkaca-kaca menahan sebak & rindu. Ada beberapa konflik sepanjang persahabatan kami, tapi orang kata true friend never separate.Currently, she pursuing her study kt UIAM Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan seorang kawan yang mengajar aku erti berdikari, mengajar aku untuk menjadi seorang yang tabah..mengajar aku untuk menghargai siapa pun yang datang dalam hidup kita. May Allah bless u iza =’)
Ni kawan aku time diploma jugak. Nama dia Nur Hamiza tapi aku tak tahu kenapa orang panggil dia nani. So aku pun panggil dia nani. Dia ni seorang yang kelakar tapi SENSETIP yang amat. Walaupun bahasa2 dia kasar, tapi bila ada tersalah cakap kat dia..bole kira dia akan terus nangis. Kuat touching la senang cakap. Gila manja kat aku. Tiap kali balik class, time tu kalau aku ada kat rumah mula lah menggedik “nurul nak nasi goreng”. Tu jelah yang dia tahu. Dia kata aku masak sedap. Alah, nak amik hati la tu kan nani? If only you read this nak kata ko memang ngade2 tahap gaban..haha. Tapi most of my secret memang ada kat dia, so tak boleh nak buat jahat..hehe. errr boleh kata aku trust her and comfort while talking to her..Dia ni agak childish sikit..jadi sila lah layan macam budak2 isap lolipop kepada sesiapa yang kini menjadi kawan dia..haha. Dia study HR kat UTM jalan semarak. Soon akan pindah kat UTM skudai.
>Ni pun time diploma jugak. First aku pindah rumah kedua, aku kenal akak ni. Sebabnyer time tu FYP dia suddenly hilang dalam laptop dek kena makan virus sedangkan esok dah nak present. So kawan aku pun cakap “akak nurul ni budak IT”..so dengan tak kenal pun dia mintak tolong kat aku repair laptop dia and dapatkan FYP dia. After that incident la we get close to each other. Mula2 kenal tu aku rasa akak ni agak ganas..tiap kali jawab call “ha pahal?”..rupanya bila aku sendiri mahir berbahasa sarawak, ayat tu bukan nak tunjuk samseng mahupun samsung **ttba..haha sebabnyer..memang mostly orang sarawak cakap macam tu. Aceli same maksud dengan “ha, kenapa?”..=)..Lupa pulak nak mention, nama akak ni pun nurul jugak..nurul farah. She engaged soon bride-to-be. InshaAllah. Aku rindu nak g class mengaji dengan dia. We went to Quranic Class together..then right after dismiss akan singgah gerai nasi ayam baldi. Funny kan nama makanan tu. Aceli nasi lemak..Ayam rempah dia masuk dalam baldi yang terikat tinggi atas kepala. Once orang tu nak letak lauk dia akan tarik baldi yang bertutup tu. Sebab nyer nak elak masuk lalat. Kreatif!
I should put this photo at very beginning..sebab? Sebab aku kenal akak ni since aku tingkatan satu. My abang punya kawan yang kenalkan. Nama dia kak Zaneerah. Akak angkat aku. Kami berutus surat, kira time tu snail mail la sebab aku belum ada hp. Time tu dia kat matric UIA, PJ…tukar-tukar gambar,tanya2 khabar semua melalui surat. Klasik okeh! Kalau rindu **walaupun tak pernah jumpa aku akan kumpul banyak2 syiling then g kat public phone call dia..Alhamdulilllah rezeki aku sambung study kat tempat dia, Allah akhirnya pertemukan kami. Aku ada problem dengan kad bank time tu. yela PTPTN masuk duit kt Bank Islam. Kt UIA Bank Islam kat area cafe bawah masjid..Aku pun sms dia nak jumpa dengan Office Bank Islam. Since aku tak pernah jumpa dia in real,so aku keluar masuk office bank sebab cari2 dia, padahal dia ada je depan pintu. Masa mula jumpa tu segan teramat..Time tu pun berdebar2..terfikir “macam mana lah rupa akak angkat aku ni” walaupun ada dia kirimkan gambar2 dia. Bila dah jumpa, peluk la..SubhanaAllah, peraturan Allah semua indah. Gambar ni time kami kt perlis, ada lawatan ke MATRI..maha’ad kat beseri, perlis. Alhamdullillah kak Zan dah jadi zaujh pemuda pilihan Allah buat dia. Barakaullah kak!
Her name Natasha, Chinese+ Brunei amoi =). Her mom pure Chinese and dad dia melayu Brunei. She’s the 1st person I met time kat UNIMAS..Dapat apartment and bilik yang sama. huh! Kami serumah hampir setahun lebih. Apa yang aku boleh describe tentang tasha, she’s kind of loving, lovely and kind-hearted person. Banyak masalah aku time mula-mula datang UNIMAS dulu semua dia tolong..Alhamdulillah, Allah mengurniakan dia sifat pemurah. Dia ni tak berkira dalam semua perkara. Tak yah cakap hal2 belanja makan time sengkek la. Bila transit ke kota kinabalu from kuching, akan bermalam kat rumah dia. parent dia baik!. Moga Allah merahmati keluarga dia. Dia ni la teman aku nangis bila terbeban dengan masalah yang aku rasa tak tertanggung..Dan adakalanya aku jad teman dengar masalah dia, layan cerita dia, tenangkan dia bila ada cecair jernih menyapu pipi. Syukur, Allah menemukan aku dengan kawan yang boleh give and take dengan aku, understanding, pemurah and banyak lagi kebaikan.
ini Ija..nama dia Faezah.bukan Faizah yang kawan time diploma dulu. Dia asal Johor, muda dua dua tahun dari aku sebab dia from matriculation. Sama faculty tapi dia major computer science. Kami jadi rapat time g Taman Negara Bako and Mount Santubong dulu. Tido dalam satu khemah =). Urm..ija ni comel..hehe manja and sangattt lembut. Dia selalu datang apartment aku, suh aku masak..huhuhu kire die ni macam nani, suke sangat nak aku masak lagi2 sushi and cokodok!. Kadang aku datang apartment die, menyempitkan ruang bilik dan habiskan makanan dia..haha. Tak banyak aku dapat cakap tentang ija, sebab aku kenal tasha dulu berbanding dia. Tapi, dia selalu share masalah dengan aku. Dia buat aku rasa ada orang percaya aku..Dia selalu buat aku rasa kakak yang perlu bertanggungjawab kat dia ni. Tapi semester ni dia tak ada, sebab batch kitaorang semua p practical except aku and few kawan yang lain. So till meet again ija =)
To sum up everything dari entry yang panjang ni, nak say Alhamdulillah atas nikmat ini. Persahabatan itu salah satu rezeki and kawan sejati tu nikmat dari persahabatan. Jadi untuk setiap nikmat yang kamu nikmati, ucaplah Alhamdulillah sebagai tanda syukur..=). Banyak lagi nak senaraikan tapi limitasi internet membuat aku malas nak upload gambar kawan2 lain. Sila jangan berkecik hati..inshaAllah kamu, kamu & kamu semua sentiasa dalam doa..=)
“ Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu”
-dari sahabat buat sahabat-
SAHABAT yang baik apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah
mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu
terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah
berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah
Till then, thanks for reading =). Au revoir, Ilal Liqa’, Bye, 안녕 :’
Written by: Nh57~












